Group Iqtidaa 'Trio Nasyid Baru' (All About Nasheed)

Group Iqtidaa 'Trio Nasyid Baru' (All About Nasheed)
Group Iqtidaa 'Trio Nasyid Baru'
Group Iqtidaa 'Trio Nasyid Baru' (All About Nasheed) - IQTIDAA…Sebuah lagi kumpulan nasyid baharu yang bakal muncul  menyinari industri nasyid di Malaysia. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada bulan Mac 2012 dan terdiri daripada tiga orang anak muda yang berasal dari pelbagai negeri di Malaysia. Mereka ialah Mohamad Syahir Bin Rosli Song (24, Melaka), Mohd Afiq Bin Shamsudin (28, Negeri Sembilan) dan Muhammad Hazwan Safwan bin Mohd Yunus (21, Johor).

Sudah memiliki kerjaya tersendiri, IQTIDAA dipelopori oleh Syahir  yang berkhidmat di Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Melaka Tengah,  Afiq sebagai Pengurus Besar Giat Mara Pontian dan Hazwan pula sebagai Guru KAFA. Kini, IQTIDAA  dalam proses merakamkan album pertama mereka yang mengandungi lapan buah lagu iaitu Ketenangan Yang Dicari, Nur Irshad Insyirah, Pemilik Hati, Engkaulah Rasul Dihati, Dari Hati Seorang Teman, Muslimah Sejati, Sejarah Kita dan Mentari Hadir.

Selain sibuk dan fokus terhadap kemunculan single pertama mereka, IQTIDAA  juga menerima jemputan persembahan di majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, kenduri serta majlis keagamaan dan juga sekolah-sekolah. Untuk maklumat lanjut mengenai mereka bolehlah layari laman Facebook Iqtidaa.
Diharapkan dengan kehadiran kumpulan IQTIDAA  ini akan menambahkan lagi seri industri nasyid tanah air. Semoga kumpulan trio ini dapat menyampaikan dakwah menerusi lagu yang  bakal di dendangkan kelak serta berjaya menarik lebih ramai peminat dan penyokong nasyid di Malaysia. Kepada para peminat nasyid, nantikan kemunculan mereka di persada nasyid tidak lama lagi. Insyaallah.
Group Iqtidaa 'Trio Nasyid Baru' (All About Nasheed)

0 Response to "Group Iqtidaa 'Trio Nasyid Baru' (All About Nasheed)"

Post a Comment